Thursday, 29 September 2011

SINOPSIS PJM 3102 PERGERAKAN ASAS

Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang perlu untuk melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan asas; pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor; model permainan kanak-kanak; bantu pelajar memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pergerakan aktiviti seharian dan dalam permainan; jenis-jenis permainan yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak dan diaplikasi pelbagai pergerakan dalam semua jenis permainan di peringkat yang lebih tinggi.

This course includes the knowledge and acquiring of basic skills in fundamental movements, locomotor and non-locomotor movements, models of children games and helping children in applying basic movements in their daily lives. This course also stress on types of games which are suitable to different age groups.

PENGENALAN

Blog ini dicipta untuk memperkenalkan permainan kanak-kanak yang telah kami cipta berdasarkan permainan baseball. Kumpulan kami telah diberi tugas untuk mencipta permainan kanak-kanak kategori pukulan/pemadang. Permainan yang kami cipta diberi nama fast & furious.

Melalui permainan fast & furious ini, kemahiran yang kami perolehi ialah kemahiran memukul dan menangkap bola. Selain itu, kemahiran baru yang kami perolehi ialah kemahiran menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kami berharap blog ini akan dapat menjadikan pembelajaran lebih interaktif di samping dapat memperkenalkan permainan ini kepada masyarakat luar. Tujuan blog ini dicipta adalah untuk berkongsi maklumat serta idea kepada masyarakat luar melalui kemudahan teknologi maklumat iaitu blog yang menjadi medium perantaraan di antara kami dan pembaca blog ini.

Wednesday, 28 September 2011

FAST & FURIOUS GAME (F&F)

Fast & Furious merupakan permainan kategori pukulan atau pemadang (striking/fielding). Permainan ini juga dikenali sebagai F&F. Permainan Fast & Furious berjaya dihasilkan oleh 5 orang sahabat pada 19 September 2011. Dengan kerjasama oleh kelima-lima sahabat dalam menggabungkan buah fikiran masing-masing maka terbentuklah permainan Fast & Furious.

Selain itu, permainan ini terbentuk berdasarkan pengubahsuaian permainan 'Baseball'. Kami telah mengubah beberapa bentuk corak permainan 'Baseball' untuk disesuaikan dengan permainan Fast&Furious ini. Permainan ini mementingkan kepantasan dan ketangkasan pemain bagi memenangi permainan ini.

Permainan ini diberi nama Fast & Furious kerana pemukul memerlukan kepantasan berlari dan memukul bagi memenangi ini, manakala pemadang pula mempunyai ketangkasan mengambil bola dan membalingnya kepada ketua mereka bagi mematikan pihak lawan.Pemukul dikenali sebagai Fast dan pemadang pula dikenali sebagai Furious.

Kumpulan yang berjaya mengumpul markah tertinggi akan dikira sebagai pemenang. Permainan F & F ini amat meneyeronokkan dan dapat melahirkan individu yang sihat dan cergas. Permainan F&F ini boleh dimainkan oleh semua lapisan masyarakat. Malah, sesuai untuk dimainkan ketika waktu lapang bersama keluarga mahupun rakan. Permainan ini sesuai dengan kumpulan sasaran kami iaitu murid sekolah rendah.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama mencuba permainan yang telah kami perbaharui ini.
Terima kasih sudi berkunjung dan meninjau permainan F&F ini.


:) semoga menikmati permainan ini dan kekal hidup sihat.

UJIAN AMALI PISMP SEM 2, PJM3102 PERGERAKAN ASAS (ELEKTIF 1), PERMAINAN KANAK-KANAK.

1.0 Tajuk
Fast & Furious

2.0 Matlamat
Permainan Fast & Furious adalah untuk meningkatkan ketangkasan dan kepantasan seseorang pemain dari segi fizikal dan mental di samping dapat membina sifat-sifat kerjasama dan semangat kesukanan dalam diri murid-murid.

3.0 Objektif
  • Bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi JERIS.
  • Melahirkan insan yang aktif dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
  • Meningkatkan kecerdasan diri seseorang.

4.0 Panduan Pelaksanaan Permainan


4.1 Senarai jenis alatan
Giant Palm


Bola
Gelung rotan


Skitel



4.2 Prosedur pelaksanaan permainan mengikut kategori yang dipilih.

#Kategori Pukulan / Pemadang (Striking/Fielding)


1. Melibatkan dua pasukan.
2. Setiap pasukan diwakili oleh lima orang pemain.
3. Pasukan pukulan dikenali sebagai Fast, manakala pasukan pemadang dikenali sebagai Furious.
4. Pasukan Fast :
  • Pasukan Fast mempunyai dua posisi pemain.
  • Pemain dari pasukan Fast yang akan memukul bola dikenali sebagai Fast Runner. Semasa memukul bola, Fast Runner berada di dalam bulatan rumah. Fast runner tidak boleh terkeluar daripada bulatan rumah ketika memukul bola, jika tidak pukulan dikira batal.
  • Pemain pasukan Fast yang menunggu giliran untuk memukul bola dikenali sebagai Fast.
  • Selepas memukul bola pemain Fast Runner perlu berlari mengikut arah jam mengelilingi gelanggang segi tiga hingga sampai semula kepada tempat memukul bola (bulatan rumah) tadi untuk mengutip mata bagi kumpulannya.

5. Pasukan Furious :
  • Mempunyai tiga posisi pemain.
  • Pemain pasukan Furious yang berada dalam gelanggang berbentuk segi tiga mempunyai dua posisi pemain.
  • Pemain Furious yang bertindak sebagai pelontar bola kepada Fast Runner dikenali sebagai Lead Furious.
  • Manakala dua pemain Furious yang berada di dua penjuru gelanggang segi tiga dikenali sebagai Furious Catcher.
  • Dua lagi pemain furious yang berada di luar gelanggang segi tiga dikenali sebagai Furious Runner.
  • Furious Catcher dan Furious Runner perlu mengambil bola yang dipukul oleh Fast Runner.
  • Kemudian bola yang diambil perlu diberikan kepada Lead Furious bagi mematikan pihak lawan.

6. Terdapat dua pusingan dalam permainan F&F
  • Setiap satu pusingan permainan F&F ialah 10 minit permainan, masa rehat ialah selama 5 minit.
  • Pada pusingan kedua, kedua-dua pasukan akan bertukar posisi. Pasukan yang berada pada posisi Fast akan bertukar kepada posisi Furious, manakala pasukan yang berada pada posisi Furious akan bertukar kepada posisi Fast.
  • Pasukan yang mengumpul paling banyak mata akan dikira sebagai pemenang permainan F&F.


4.3 Pelan kedudukan pelaksanaan permainan.


Rajah 1 Pelan permainan Fast & Furious





Huraian pelan :


Fast
Fast (pemukul) mempunyai lima orang ahli. Semua ahli akan berbaris di belakang ‘bulatan rumah’. Ahli Fast yang berada di dalam bulatan rumah sahaja dikenali sebagai Fast Runner(FsR) kerana FsR akan bermain, manakala ahli yang berbaris di luar bulatan dikenali sebagai Fast(Fs) kerana mereka menunggu untuk bermain.

Fast Runner (FsR)
Fast Runner akan memukul bola yang dibaling oleh Lead Furious. Selepas memukul bola Fast Runner akan berlari dengan pantas mengikut arah yang telah ditetapkan sehingga kembali ke bulatan rumah semula. Jika Fast Runner berjaya sampai ke bulatan rumah, pasukan Fast akan mendapat 1 mata.


Furious
Furious (pemadang) mempunyai lima orang ahli. Pasukan Furious terdapat tiga posisi iaitu Lead Furious(LFr), Furious Catcher(FrC) dan Furious Runner(FrR).


Lead Furious (LFr)
Lead Furious hanya seorang dan dia akan berada di dalam segi tiga. Kedudukannya adalah menghadap bulatan rumah. Lead Furious merupakan pemain yang akan membaling bola kepada Fast Runner dan mematikan Fast Runner.


Furious Catcher (FrC)
Furious Catcher akan berada di dalam segi tiga. Terdapat dua Furious Catcher iaitu seorang akan berada berdekatan bucu segi tiga di bahagian atas dan seorang lagi berada berdekatan bucu segi tiga di bawah. Tugas Furious Catcher hanya mengambil bola di dalam segi tiga sahaja . Kemudian membalingkan bola tersebut kepada Lead Furious untuk mematikan Fast Runner.


Furious Runner (FrR)
Terdapat dua Furious Runner berada di luar bucu segi tiga, seoarng berada di luar bucu atas dan seoarang berada di luar bucu bawah. Tugas FrR adalah untuk mengambil bola diluar gelanggang dan menghantarnya kepada Lead Furious untuk mematikan Fast Runner.


4.4 Peraturan dan syarat-syarat permainan.

GELANGGANG
1. Gelanggang berbentuk segi tiga sama sisi.
2. Padang, gelanggang, gimnasium atau kawasan lapang.
3. Bermain secara indoor/ outdoor .
4. Setiap sisi gelanggang berukuran 5 meter.

PEMAIN/POSISI
1. Terdapat dua kumpulan iaitu :
- kumpulan pukulan dikenali sebagai Fast.
- kumpulan pemadang dikenali sebagai Furious.
2. Kumpulan Fast hanya mempunyai satu posisi sahaja iaitu pemain yang akan memukul bola dikenali sebagai Fast Runner.
3. Kumpulan Furious mempunyai 3 posisi pemain iaitu :

# Pemain yang akan membaling bola dikenali sebagai Lead Furious(LFr).
# Pemain yang akan menangkap bola di luar segi tiga dikenali sebagai Furious Runner(FrR).
# Pemain yang akan menangkap bola di dalam segi tiga dikenali sebagai Furious Catcher(FrC).

4. Setiap kumpulan hanya mempunyai 5 orang ahli atau lebih.
5. Bagi menentukan kumpulan mana yang akan bermain sebagai Fast danFurious, setiap ketua kumpulan akan membuat lambungan duit syiling.
6. Selepas siap menentukan posisi kumpulan masing-masing, mereka dikehendaki mengambil tempat di dalam gelanggang.
7. Ketika pusingan kedua permainan, kedua-dua kumpulan itu akan menukar posisi mereka iaitu kumpulan Fast akan bermain sebagai kumpulan Furious dan sebaliknya.

MASA
Masa permainan ini adalah 25 minit, terdapat 2 pusingan dan setiap satu pusingan bermain selama 10 minit dan rehat selama 5 minit.

ETIKA PEMAKAIAN
1. Pakaian yang selesa dan sesuai untuk bermain.
2. Tiada aksesori pada pakaian atau anggota badan yang boleh menyebabkan kecederaan.
3. Memakai kasut sukan yang bersesuaian mengikut jenis gelanggang yang digunakan.

PERMARKAHAN
1. Pemain Fast Runner yang berjaya pulang semula ke bulatan rumah akan mendapat satu mata.
2. Apabila bola yang dipukul berada ditangan Lead Furious, Fast Runner akan dikira mati dan mendapat o mata jika tidak sempat kembali ke bulatan rumah.

KESALAHAN
1.Penalti penolakan masa permainan 3 minit diberikan kepada pemain Fast Runner yang berlari tidak mengikut arah pusingan jam.
2.Pemain Fast Runner yang memukul bola ke belakang gelanggang segi tiga dianggap 'fault' dan tidak mendapat mata.
3.Fast runner tidak boleh terkeluar daripada bulatan rumah ketika memukul bola, jika tidak pukulan dikira batal.

LATIHAN SEBELUM PERMAINAN FAST & FURIOUS

Kemahiran Membaling


Kemahiran Memukul




Kemahiran Berlari

VIDEO PERMAINAN FAST & FURIOUS



Pasukan Furious berjaya mematikan Fast Runner.




Fast Runner berjaya menamatkan larian
dan mendapat 1 mata untuk kumpulannya.