Wednesday 28 September 2011

FAST & FURIOUS GAME (F&F)

Fast & Furious merupakan permainan kategori pukulan atau pemadang (striking/fielding). Permainan ini juga dikenali sebagai F&F. Permainan Fast & Furious berjaya dihasilkan oleh 5 orang sahabat pada 19 September 2011. Dengan kerjasama oleh kelima-lima sahabat dalam menggabungkan buah fikiran masing-masing maka terbentuklah permainan Fast & Furious.

Selain itu, permainan ini terbentuk berdasarkan pengubahsuaian permainan 'Baseball'. Kami telah mengubah beberapa bentuk corak permainan 'Baseball' untuk disesuaikan dengan permainan Fast&Furious ini. Permainan ini mementingkan kepantasan dan ketangkasan pemain bagi memenangi permainan ini.

Permainan ini diberi nama Fast & Furious kerana pemukul memerlukan kepantasan berlari dan memukul bagi memenangi ini, manakala pemadang pula mempunyai ketangkasan mengambil bola dan membalingnya kepada ketua mereka bagi mematikan pihak lawan.Pemukul dikenali sebagai Fast dan pemadang pula dikenali sebagai Furious.

Kumpulan yang berjaya mengumpul markah tertinggi akan dikira sebagai pemenang. Permainan F & F ini amat meneyeronokkan dan dapat melahirkan individu yang sihat dan cergas. Permainan F&F ini boleh dimainkan oleh semua lapisan masyarakat. Malah, sesuai untuk dimainkan ketika waktu lapang bersama keluarga mahupun rakan. Permainan ini sesuai dengan kumpulan sasaran kami iaitu murid sekolah rendah.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama mencuba permainan yang telah kami perbaharui ini.
Terima kasih sudi berkunjung dan meninjau permainan F&F ini.


:) semoga menikmati permainan ini dan kekal hidup sihat.

No comments:

Post a Comment